8 maut, 14 cedera dalam serangan bersejata kedua di Serbia

  • tahun lalu
Lapan maut manakala 14 lagi cedera dalam insiden tembakan yang berlaku di Mladenovac, kira-kira 60 kilometer dari ibu kota Belgrade.

Ia merupakan kejadian tembakan kedua di Serbia selepas seorang remaja 13 tahun menembak mati tujuh pelajar dan seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah elit Rabu lalu.